Perak Hari Ini

‘Keamanan Perlu Terus Dikekalkan’: DS Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihati semua pihak agar menjadikan keadaan negara luar yang sedang bergolak sebagai iktibar untuk terus mengekalkan keamanan yang dinikmati rakyat hari ini.

“Sambutan ulangtahun kemerdekaan tetap diraikan secara sederhana sebagai tanda menghormati tempoh berkabung dan peristiwa MH17 dan MH370,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat perlu mempunyai impian merdeka iaitu memastikan kebebasan dan kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun lalu terjaga daripada sebarang ancaman yang boleh menganggu-gugatnya.

“Selama 57 tahun merdeka, kita perlu terus membentuk peribadi diri dan ngara kita tersendiri tanpa mengkikut acuan orang lain dan dapat bergerak sebagai sebuah negara yang harmoni dan memahami erti kemerdekaan itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sejurus menyampaikan hadiah kepada pemenang perbarisan kawad kaki terbaik dan pakaian terbaik keseluruhan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori kawad terbaik sempena kemerdekaan kali ini yang melibatkan penyertaan daripada jabatan kerajaan, pejabat daerah dan tanah, badan berkanun, syarikat swasta, pertubuhan sukarela, institusi pengajian tinggi (IPTA), sekolah, pancaragam dan kategori pakaian terbaik keseluruhan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berjaya menggodol johan bagi kategori kawad terbaik dan pakaian terbaik keseluruhan bagi sambutan tahun ini.

Bagi kategori pejabat daerah dan tanah, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan tempat kedua dimenangi oleh Pejabat Daerah dan Tanah kuala Kangsar.

Sekolah Raja Perempuan Taayah berjaya memenangi johan bagi kategori kawad terbaik peringkat IPTA dan sekolah dan tempat kedua dimenang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Manakala bagi kategori sekolah yang memaparkan tema kemerdekaan terbaik, johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit dan bagi kategori kampung pula, tempat pertama dimenangi oleh Kampung Matang Acheh, dekat Pantai Remis.

Johan membawa pulang RM3,000 dan sijil manakala RM2,000 bagi naib johan dan RM1,000 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");