Jenayah

Mayat pemuda ditemui dalam semak

jenayah gmbr hiasan 6

KUANTAN – Mayat seorang pemuda ditemui dalam kawasan semak di Kilometer 21 Jalan Pintasan Kuantan–Gebeng dekat Balai Polis Gebeng di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki yang lengkap berpakaian dikenali sebagai Che Badrol Hafiz Che Hamzah, 21, beralamat di Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak di sini, itu ditemui pada 8 pagi tadi.

Katanya, mayat ditemui seorang lelaki Orang Asli yang kebetulan memasuki kawasan hutan berhampiran tempat kejadian bersama dua rakannya untuk mencari burung.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam semak, bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan pada tubuh badannya,” katanya di sini, hari ini.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

“Polis kini menunggu keputusan laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu sama ada melibatkan unsur jenayah atau mati mengejut,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");