Perak Hari Ini

Seminar Motivasi Yayasan Bina Upaya

Kampung Gajah 3 Julai – Satu Seminar motivasi bertajuk “Kejayaan Melalui Keupayaan dan Keyakinan Diri” telah berlangsung di Kem Dato Sagor, Kampung Gajah, Perak.

Kem motivasi ini adalah untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM dari Parlimen Kampung Gajah, tujuan seminar ini adalah untuk keyakinan kepada pelajar-pelajar ini supaya dapat menghadapi pepeeriksaan dengan persiapan yang penuh.

Seminar ini adalah kerjasama Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak dan Kesatuan Anak-anak Muda Islam (KAMI) bersama-sama dengan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR)..

YBU diamanahkan oleh kerajaan negeri mengadakan program seperti ini agar sekolah tidak lagi bersusah payah menguruskan hal seminar seperti mencari penceramah dan lain-lain, hanya perlu datang dan mengisi program yang telah disediakan oleh YBU dan berharap adik-adik yang datang agar mengambil kesempatan untuk mendapat keputusan yang cemerlang hingga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Ilmu penting untuk masa depan bangsa dan negara yang maju. Dengan itu, pihak ADUN turut menyokong program seperti ini bagi mencapai Wawasan 2020 dan Perak Amanjaya khasnya.

Dirasmikan oleh Ketua Eksekutif YBU, En Khairul Azwan Harun. Majlis penutupan pula telah disempurnakan oleh En Mustafa Ngah Mansor, Pengawai Khas ADUN Kg. Gajah. Turut hadir dan memberi ucapan Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Zakariah Timbalan Pegawai Daerah PPD Perak Tengah.

Seminar pertama disampaikan oleh En Ibrahim Abu “Arah Kemajuan”, manakala seminar kedua pula oleh En Anush Hj. Habib dan seminar ketiga oleh En Hamdan Hj. Taha dengan tajuk “Perhubungan Sesama Manusia dan Motivasi melalui Cinta, Kasih dan Sayang.”

Enam sekolah yang terlibat dalam seminar iaitu SMK Sultan Abdul Jalil Shah (32 orang), SMK Changkat Lada (22 orang), SMK Sungai Ranggam (22 orang), SMK Dato’ Maharaja Lela (32 orang), SMK Raja Dr. Nazrin Shah (50 orang), Sekolah Agama Maahad Ehyak (32 orang).

YBU juga akan terus mengadakan program seperti ini di semua parlimen di negeri Perak ini, yang sebelum ini di adakan di parlimen Tapah, ujar CEO YBU, Khairul Azwan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");