Berita Hari Ini
Like

Editor Malay Mail didakwa hantar komen palsu guna internet

September 2, 2010
287 Views
0 Comments
1 minute read
Editor Malay Mail didakwa hantar komen palsu guna internet

Irwan menghadiri Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur 2 September 2010

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Editor Malay Mail Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen bersifat palsu pada Mac lepas.

Irwan yang turut dikenali sebagai blogger “Hassan Skodeng” didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu bertajuk “TNB to sue WWF over Earth Hour” di laman web 4news.wordpress.com dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(3)(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. MI

Komen & Pendapat

Leave a Reply