Perak Hari Ini

Empat beradik tiada pengenalan diri

IPOH – Sejak dilahirkan, empat beradik ini melalui zaman kanak-kanak yang gelap kerana gagal memiliki dokumen pengenalan diri, malah tidak bersekolah seperti orang lain.

Oleh kerana desakan hidup, ibu kandung melarikan diri meninggalkan mereka sejak tahun 2007 dan kini hanya bergantung kepada bapa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kesempitan hidup menyebabkan sesuap nasi bagaikan butir mutiara yang sukar diperoleh lantas menjadikan biskut sebagai penggalas perut setiap hari.

Masakan umur mereka yang berusia 10 hingga empat tahun mengerti akan cabaran hidup dengan tinggal di bilik sebuah rumah usang serta berhimpit antara satu sama lain untuk meneruskan hidup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menguruskan dokumen pengenalan diri anak-anak berkenaan.

“Keluarga ini telah mengalami masalah kewangan yang serius kerana keadaan bapa mereka yang meminjam daripada Ah Long menyebabkan mereka tidak dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

“Saya berharap mana-mana pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka sekeluarga terutama anak-anak yang masih kecil ini,” katanya ketika melawat empat beradik itu di sini, semalam.

Hang Soon berkata, orang ramai yang hendak menghulurkan bantuan boleh disalurkan melalui Biro Aduan MCA Ipoh di talian 05-253 6981.

“Kita juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan yang diperlukan keluarga ini.

“Kita telah memulakan di bawah Yayasan Bina Upaya iaitu skim untuk membantu mereka yang memerlukan, termasuk keluarga ini di bawah bantuan mikro kredit,” katanya
Sumber : Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");