Isu Panas

Isu Hudud, PAS Bukan Lagi Ancaman

Segala puji-pujian ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya di bulan yang mulia ini, telah dikabulkan doa orang-orang beriman agar ditunjukkan wajah sebenarnya PAS dalam mempermain-mainkan hukum hudud ini bagi tujuan politiknya. Kenyataan Dewata Raya PAS, Dewa Nik Aziz Nik Mat disini dalam mengulas kenyataan yang dibuat Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebelumnya mengenai hudud adalah satu pengakuan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika Pakatan Pembangkang memerintah, seterusnya menamatkan ancaman PAS kepada BN amnya dan UMNO khasnya dalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun penolakan hudud ini bukan kali pertama disuarakan pemimpin PAS, ketinggian jawatan Nik Aziz di dalam hireaki kepimpinan PAS menjadikan kenyataannya itu lebih bernilai dibanding kenyataan sama oleh pemimpin PAS sebelumnya.

Jika ramai sudah lupa, hudud ini pada pandangan nik aziz (satu ketika dahulu), sama penting dengan sembahyang yang menjadi rukun agama itu, tapi ibarat air bah, pantai pun berubah, nik aziz sudah mengubah pendekatan tak boleh tidak dalam melaksanakan hudud ini kepada pendekatan yang lebih mesra DAP. Cuma dalam kes Nik Aziz, air bahnya begitu cepat sekali berubah, sekejap wajib, sekejap sunat dan ada masanya makhruh pula. Rakaman dibawah adalah bukti kepada kenyataan nik aziz sebelumnya dibanding sekarang menegnai hudud ini. Nilaikanlah sendiri dimana letaknya maruah manusia munafik ini.

Dulu Wajib, Sekarang Tidak

Kita memang jangka satu hari nanti hari ini akan datang juga, hari dimana PAS akhirnya mengaku tidak akan melaksanakan hudud seperti mana yang diretorikkannya selama ini. UMNO sudah lama mengetahui penolakan PAS ke atas hukum hudud dengan kerjasama PAS-DAP membuktikan kebenaran itu, bagaimana pun kelicikkan para pemimpin PAS bermain dengan kata-kata menyebabkan ramai penganutnya yang keliru dengan perubahan dasar yang sedang berlaku di peringkat kepimpinan PAS terutama pasca PRU 2008. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada DAP dan anwar ibrahim kerana membantu UMNO dan BN dalam menyingkirkan PAS dari senarai teratas pihak yang perlu diberi perhatian serius dalam menghadapi apa pun jenis pilihanraya di masa akan datang.

Dengan berkata begitu, tidaklah bermaksud PAS boleh dipandang sepi, masih banyak lagi isu-isu yang tidak berkaitan dengan hudud yang perlu dihadapi bersama. Cuma kita melihat kepentingan hudud ke atas survival politik PAS selama ini adalah begitu besar dan dengan perkembangan terbaru ini, sekurang-kurangnya beban yang terpaksa kita hadapi telah berkurangan sedikit. PAS yang dipertanggungjawabkan anwar ibrahim untuk meracuni pemikiran peneroka Felda di seluruh negara dengan isu-isu tidak berasas bermula dengan Felda Bankrap, masih lagi memberi ancaman kepada BN cuma sekarang ancaman itu boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Isu berkaitan Felda ini mampu kita atasi kerana fakta-fakta kejadian yang sebenarnya banyak memihak kepada kerajaan.

Sekarang UMNO dan BN bolehlah menumpukan sepenuh usaha dan tenaga dalam menentang musuh sebenar iaitu DAP. DAP yang kita semua tahu berkiblatkan kepada negara Singapura, perlu ditentang habis habisan, ibarat menentang pencerobohan negara asing ke atas negara kita, begitulah hebatnya tentangan itu nanti. Tidak perlu lagi kita melayan retorik hudud PAS kerana sudah jelas lidah nik aziz adalah jauh lebih banyak cabangnya dibanding dengan apa pun binatang merayap atas muka bumi ini. Jika orang PAS ada otak, kredebiliti nik aziz sekarang sepatutnya sudah hancur di mata mereka dan sudah sampai masa untuk beralih kepada pemimpin lain yang mampu membimbing PAS kembali ke landasan perjuangannya semula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");