Perak Hari Ini

Zambry: Jangan mainkan isu perkauman

Kerajaan Perak tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan isu berbaur perkauman dalam negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkauman merupakan perkara sensitif yang tidak dibenarkan dalam negeri itu kerana menjurus kepada impak negatif kelak.

“Kalau masing-masing nak jadi ‘hero’ habislah…kerana itu saya bertegas untuk tidak biarkan mana-mana pihak tanpa mengira kepentingan politik atau sebaliknya timbulkan isu perkauman.

“Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal kesejahteraan awam dan berharap semua pihak memandang serius perkara ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, jika isu perkauman masih berterusan ia akan menjurus kepada ketidakseimbangan dalam masyarakat.

Merujuk kepada insiden kekecohan di bazar Ramadan di Taiping, beliau berkata: “Sekiranya ada masalah di sesuatu kawasan tidak bermakna kumpulan tertentu di kawasan perumahan itu boleh ambil tindakan sesuka hati untuk memukul orang lain.

“Negara ada undang-undang, sekiranya ada masalah, serahkan kepada polis tetapi bila polis ambil tindakan jangan salahkan mereka sehingga menjejaskan siasatan tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");