Perak Hari Ini

Jangan hanya pentingkan politik

KAMUNTING – Orang Melayu perlu mempertahankan identiti mereka sebagai bangsa yang mementingkan pertalian ukhuwah dan persaudaraan.

Exco Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, beliau kesal ketika ini apabila orang Melayu sedang berusaha pertahankan identiti mereka sebagai bangsa yang dihormati di seluruh Nusantara, terdapat pula pihak yang tidak mahu mengaku diri sebagai bangsa Melayu.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai hanya mementingkan politik semata-mata, beliau meminta orang Melayu supaya terus bersatu dalam mempertahankan hak dan kepentingan mereka dan menolak sebarang bentuk usaha yang boleh memecahbelahkan orang Melayu itu sendiri.

“Baik bangsa Minang atau jawa sekalipun, namun mereka tetap bangsa Melayu dan kita harus berbangga dan terus mempertahankan bangsa kita dan Negara tercinta ini,” katanya semasa berucap merasmikan pejabat Persatuan Kebajikan Ekonomi Anak Melayu Minang di Taman Saujana, di sini semalam.

Beliau memuji tindakan persatuan anak Melayu Minang Perak kerana mengambil inisiatif dalam menambah keahliannya dengan mensasarkan seramai 10,000 ahli dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, lain-lain persatuan Melayu harus mencontohi persatuan ini di mana kini sudah boleh berbangga kerana mempunyai bangunan sendiri bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan kebajikan bagi para ahli mereka.

“Penubuhan persatuan seperti ini amat penting kerana membolehkan para ahli mencari asal usul keturunan mereka dan menyumbang bakti dalam mereka,” katanya.

Zainol berkata, Kerajaan Negeri akan membantu persatuan ini dalam usaha mengeratkan budaya, kesenian dan perniagaan di antara Sumatera Barat dengan negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");