Perak Hari Ini

Rumah Terbuka Aidilfitri BN Perak 25 September

Barisan Nasional (BN) negeri akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri UMNO/BN 2010 di perkarangan Bangunan Umno Perak, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Sabtu ini mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari, berkata sempena program itu juga, kerajaan negeri turut menyediakan pusat khidmat bergerak yang menghimpunkan 20 agensi kerajaan, persekutuan dan swasta menawarkan aunter aduan rakyat, promosi dan pameran produk kepada para pengunjung.

Katanya, sebelum jamuan bermula, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melancarkan Pusat Khidmat Bergerak BN Perak yang kini dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Melalui pusat khidmat bergerak yang disediakan kerajaan negeri, kita dapat lihat  minat dan sokongan rakyat terhadap BN semakin bertambah dari hari ke hari.

“Sehubungan itu, BN negeri akan terus mengggunakan pendekatan pusat khidmat bergerak ini yang tujuan utamanya adalah untuk mendekati serta menyelami masalah rakyat,” katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Sementara itu, Ramly berkata, pelbagai program menarik diatur untuk pengunjung antaranya pertandingan futsal, ceramah motivasi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pidato Merdeka, penyerahan topi keledar dan persembahan pancaragam.

Katanya, Dr Zambry juga akan menyampaikan dermasiswa Yayasan Perak serta menyerahkan makanan kepada fakir miskin sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU).

“Orang ramai dijemput datang beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Umno/BN negeri Perak yang akan diadakan pada 25 September mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");