Perak Hari Ini

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Parlimen Beruas

BERUAS, 1 September 2010, 6.00pm- Bertempat di halaman Masjid Al-Saadah Beruas, satu majlis berbuka puasa bersama lebih kurang 200 anak-anak yatim seluruh Beruas dan penghuni asrama SMK Raja Shahriman telah dibawa untuk diraikan dalam majlis ini.

Mereka juga diberi sumbagan duit raya oleh penderma-penderma tempatan. Menurut Dato Hamdi Abu Bakar  Pengerusi Penerangan BN Negeri merangkap Adun Pengkalan Baru yang bertanggungjawab menjayakan majlis ini menyatakan rasa bersyukur kerana tahun ini ramai penderma yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga untuk menyambut ketibaan Syawal nanti dalam suasana yang gembira.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Abd Rahman Shah, Imam Masjid Al-Saadah. Seteruskan En Azhar Ahmad, Pegawai Khas Menteri Besar Perak merangkap Timbalan Ketua Bahagian menyampaikan ucapan aluan.  Y.Bhg Dato Chang Ko Youn Penasihat Menteri Besar dalam hal ehwal kaum Cina Perak juga turut dijemput untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

Beliau mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau hadir ke majlis berbuka puasa dan selamat menyambut Syawal yang bakal menjelang. Beliau juga memohon ampun dan maaf  sekiranya terdapat kesalahan dan kelemahan beliau dalam urusan harian atau pun peribadi.  Beliau juga berharap kesempatan yang ada dalam bulan yang mulia ini kita dapat merapatkan perhubungan antara kaum, dapat bersatu padu untuk mempertahan kedaulatan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Dato Hamdi Abu Bakar dalam ucapannya mengulang tentang peringatan YTM Raja Muda Perak mengenai kerisauan baginda mengenai kecelaruan masyarakat yang berpecah belah dan yang sedihnya ia bermula dari surau dan masjid. Pembangkang telah mencelarukan umat Islam , “orang lain buat tak boleh, mereka buat tak apa”.

Beliau seterusnya mengkritik sebuah akhbar Melayu yang enggan membuat liputan apabila dijemput tetapi sanggup membuat liputan apabila dijemput oleh Dap. Surat khabar ini tulisannya melayu, dan pembacanya sudah tentu orang Melayu tetapi bersikap bias dan lebih berminat untuk  memecah-belahkan masyarakat Melayu. Beliau juga menyeru supaya jangan membeli surat khabar tersebut. “Walaupun ia kelihatan bersinar-sinar usahanya tetapi sinaranmya itu membakar perpaduan orang Melayu, ketepikan lah surat khabar ini  kerana ia memburukkan dan memperlagakan orang Melayu”

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Hj Mahir Afandi Harun Pengerusi Tetap Umno Beruas, En Azman Noh Naib Ketua Bahagian, Puan Hajah Salmah Sujak Ketua Wanita, En Ali Zainal Abidin Ketua Pemuda, Puan Sopiah Khamarudin Ketua Puteri, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) , Tuan Hj Razali Pengerusi Masjid Al-Saadah, Tuan Hj Abd Rahman Shah Imam Masjid Al-Saadah, Ketua-ketua Cawangan, Ketua kampung , Guru-guru SMK Raja Shahriman, Pemimpin masyarakat setempat. Majlis ini dihadiri oleh tidak kurang 600 tetamu termasuk anak-anak yatim.

Kumpulan Zikir Munajat dari Masjid Al-Nawawi Pangkalan Baru turut memeriahkan majilis dengan zikir-zikir mereka sebelum tibanya waktu berbuka puasa.

Pengerusi Majlis petang itu ialah En Ahmad Wancik , Ketua Kampung   Panchor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");