Perak Hari Ini

Majlis Penyampaian Sumbangan DUN Pangkor di Kpg Padang Tembak Lumut

LUMUT, 6 September, 5.00pm- Bertempat di Dewan Dato Hj Ishak, Kampung Padang Tembak Teluk Muruh, Lumut, YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri menyampaikan sumbangan adil fitri kepada penduduk yang telah dipilih oleh ketua-ketua cawangan Zon Padang Tembak.

Sumbangan kali ini agak berbeza sedikit kerana ia dibahagikan kepada kategori ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan anak miskin. Seramai 69 orang yang dikenal pasti untuk menerima sumbangan ini. Mereka yang terpilih adalah dari Kpg Teluk Muruh, Kpg Padang Tembak dan Lumut.  Sumbangan kali ini ialah untuk peringkat ke tiga.

Turut serta dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Manjung En Ahmad Shafee, Ketua-Ketua Kampung dan Imam-Imam ke tiga-tiga khairah yang menerima bantuan.  Majlis berakhir pada jam 5.40 pm.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");