Perak Hari Ini

Majlis Penyampaian Sumbangan DUN Pangkor-Kpg Dato’ Seri Kamaruddin, Manjung.

Masjid Sultan Alang Iskandar Shah

MANJUNG, 6 September, 3.30 pm- Selepas selesai menyampaikan sumbangan di Segari, Dato Seri Dr Zambry dan isteri singgah di Masjid Sultan  Alang Iskandar Shah, Kampung Dato Seri Kamaruddin untuk menyampaikan sumbang aidil fitri.  Penduduk kampung ini pada asalnya menetap di kawasan TLDM Lumut. Mereka dipindahkan ke sini. Kerajaan memberikan  tapak rumah dan membina sebuah rumah seperti rumah yang dapat dilihat di Felda.

Seramai  409 orang menerima bantuan pada petang ini, mereka ialah 94 anak yatim , 49 OKU dan 267 warga emas dan miskin menerima sumbangan bantuan daripada Dr Zambry.

Sebelum ketibaan Menteri Besar satu majlis ilmu telah diadakan oleh penceramah jemputan. Dr Zambry juga menyampaikan ucapan sebelum majlis penyampaian bantuan diadakan. Bagaimanapun sesuai dengan 10 hari terakhir ibadat puasa Dr Zambry dalam ucapannya lebih kepada tazkirah atau penyampaian ilmu mengenai kelebihan beribadat dalam 10 hari terakhir.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Manjung En. Ahmad Shafee, Penghulu,  Timbalan Ketua Umno Lumut Tuan Hj. Zamberi Ramli dan AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Dr Zambry merupakan Ketua Umno Bahagian Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");