Perak Hari Ini

Majlis Sumbangan Zon Pengkalan Baru

Pantai Remis, 6 September, 3.00 petang – Bertempat di Dewan Orang Ramai Pangkalan Baru telah berlangsung satu majlis sumbangan zakat kepada lebih 100 orang penerima dari 13 cawangan yang terdiri dari warga emas, orang kurang upaya (OKU), Ibu tunggal dan anak-anak yatim.

“Terima Kasih dan Alhamdulillah”, itulah ungkapan yang jelas kedengaran di bibir penerima sumbangan yang hadir pada majlis ini. Mereka amat bersyukur kerana ada jua insan yang ingin membantu meringankan beban mereka untuk menyambut lebaran.

Walaupun sumbangan itu tidak sebesar mana nilainya, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka untuk menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba.

Majlis ini telah dijayakan oleh Umno Beruas , Turut hadir untuk menyampaikan sumbangan ialah En Azhar Ahmad Pegawai Khas Menteri Besar, ketua-ketua kampong, Penghulu dan ketua-ketua cawangan yang berhampiran.

KLIK PADA LINK INI UNTUK MELIHAT SEKITAR MAJLIS TERSEBUT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");