Perak Hari Ini

Pindaan kepada Enekmen PKPN bagi memastikan agensi lebih kompetitif dan berdaya saing

Kerajaan Negeri akan membentangkan cadangan meminda Enekmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (PKPN) Perak bagi membolehkan agensi itu melalui proses penstrukturan semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi PKPN berkata penstrukturan semula bertujuan memastikan agensi itu lebih kompetitif dan berdaya saing seiring dengan peredaran ekonomi masa kini.

Katanya penstrukturan semula itu yang melibatkan rasionalisasi korporat bakal menyaksikan PKPN mampu meningkatkan penguasaan pasaran dengan meneroka bidang-bidang baru seperti industri akua-kultur, agro-forestry, bioteknologi dan biodiversiti.

Katanya ketika ini kegiatan PKPN hanya tertumpu kepada tanaman kelapa sawit.

“Penstrukturan semula ini bakal memberi satu arah tuju yang lebih jelas bagi PKPN melaksanakan “core business” dalam menjadikan ia agensi yang berorentasi komersil dan keuntungan.

“Di samping itu, PKPN juga ada tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan iaitu membantu kerajaan negeri membasmi kemiskinan melalui kewujudan ladang untuk rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata langkah tersebut juga akan menyaksikan tujuh daripada 10 anak syarikat PKPN yang tidak mendatangkan hasil diaktifkan semula bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang lebih menguntungkan.

Zambry turut mengumumkan bahawa prestasi PKPN bagi tahun ini mencatatkan peningkatan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

“Sehingga Jun tahun ini, PKNP mencatat keuntungan bersih sebanyak RM19 juta dengan nilai asetnya pada RM466 juta berbanding keuntungan RM15.8 dan aset pada RM418 juta pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata pindaan enekmen itu juga bakal membolehkan kewujudan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Pengurus Besar ketika ini.

Katanya Ketua Pegawai Eksekutif PKPN akan diisi Ahmad Rezal Abd Rahman, 41, seorang akauntan yang kini merupakan Ketua Pegawai Kewangan sebuah universiti terkemuka.

“Perlantikan Ahmad Rezal berkuatkuasa 1 Oktober,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");