Perak Hari Ini

23 November sebutan saman jambatan gantung runtuh

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan kes saman berhubung jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 26 Oktober tahun lalu.

Keputusan itu susulan tindakan defenden kelapan, syarikat GS Synergy Sdn Bhd yang memfailkan pembatalan saman plaintif di mahkamah sama pada 20 Oktober lalu.

Ia diputuskan Timbalan Pendaftar, Rohaidah Ishak dalam kamar hakim yang turut disertai Peguam Persekutuan dan peguam defendan kelapan, Boo Yang Huay.

Peguamcara plantif, A. Megasan, berkata pihaknya akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar terhadap defendan kelapan.

Syarikat GS Synergy Sdn Bhd adalah penderma jambatan gantung di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

Beliau berkataa, peguam defenden ke 9, syarikat kontraktor CWL Enterprise pula menarik diri daripada kes tersebut atas alasan anak guamnya gagal dihubungi.

Kes tuntutan saman membabitkan RM105 juta difailkan November tahun lalu oleh bapa tiga murid yang lemas dalam kejadian jambatan gantung runtuh.

Mangsa, N Dina Devi dan V Divyashree masing-masing berusia 11 tahun dan N Devatharshini, 10 tahun, lemas akibat dibawa arus sungai.

Dalam saman itu, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai defendan.

Setiap plaintif menuntut ganti rugi am RM35 juta daripada 10 defendan yang dinamakan dalam saman tersebut.

Writ saman difailkan melalui firma guaman Tetuan A Sivanesan & Co.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");