Perak Hari Ini

27 kuil di Perak terima peruntukan daripada kerajaan

Sebanyak 27 kuil Hindu menerima peruntukan bernilai RM372,000 daripada kerajaan negeri Perak bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan aktiviti keagamaan kaum India di negeri ini.

Mereka menerima peruntukan tersebut yang disampaikan oleh Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk S. Veerasingam di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam ucapannya, Veerasingam yang juga Pengerusi MIC Perak menyifatkan pemberian peruntukan itu sebagai keperihatinan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap kepentingan semua kaum di Perak.

“Kita amat berbangga kerana Dr Zambry merupakan seorang Menteri Besar yang amat prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan semua kaum di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau dengan adanya peruntukan ini, maka pihak pengurusan kuil-kuil di Perak akan bergerak secara proaktif dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka dengan lebih lancar.

Beliau turut menggesa ibu bapa kaum India di negeri ini mewajibkan anak mereka dihantar ke kuil seminggu sekali untuk mendalami ilmu keagamaan sejak dari kecil lagi agar mereka menjadi manusia yang berakhlak mulia.

Katanya langkah ini sedikit sebanyak dapat menangani masalah dan penyakit sosial yang melanda golongan generasi muda dewasa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");