Berita Hari Ini

Banyak Kes Kereta Terbakar, Adakah Kerana RON95?

TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!

Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:
27 Januari 2010 – Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam.
29 Julai 2010 – Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam.
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor.
14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.
14 Oktober 2010 – sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

Hari Kereta Terbakar
KM 24.4, Jalan Lingkaran Tengah 2
Ampang, Selangor

14 Okt 2010,4.30 ptg

Hari ini saja 7 kematian dalam 2 kemalangan jalanraya – kedua-dua akibat kenderaan yang terlibat, terbakar.

Di Kampar Perak, jam 2 pagi tadi, 6 orang maut apabila kereta Honda City yang dinaiki merempuh pokok lalu terbakar.

Di Kuala Lumpur, jam 4 pagi tadi, seorang wanita maut apabila kereta Honda City dinaiki, dirempuh sebuah Honda CRV, lalu terbakar.Dan sebentar tadi, jam 4.30 petang, seorang pemandu nyaris turut menjadi mangsa, apabila Ford Escape yang dipandu, tiba-tiba terbakar.

Pemandu terbabit, sempat keluar menyelamatkan diri.Mangsa sebelum itu tidak menyedari enjin keretanya terbakar, sehinggalah dimaklumkan pemandu lain.Asap dilihat oleh beberapa pengguna jalanraya lain, keluar dari sisi bawah sebelah kiri bahagian enjin Ford Escape ini.

Kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Hulu Klang ke Ampang, berhampiran susur Lebuhraya Duke. Setelah menyedari sesuatu tidak kena kerana beberapa pemandu memberi isyarat kepadanya, pemandu terbabit, segera memberhentikan keretanya di tepi jalan dan segera keluar.

Dan sebaik keluar, api teruk marak membakar bahagian enjin sebelum merebak ke hampir keseluruhan kereta. Orang ramai turut membantu memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum pasukan bomba dan menyelamat tiba membantu memedamkan keseluruhan kebakaran.

Kejadian kali ini tidak membabitkan perlanggaran dengan kenderaan lain malah tiada juga boleh dikaitkan dengan teori Ron 95 itu…Dan, seperti juga Honda City dan Honda CRV, kenderaan ini juga bukan buatan Malaysia…

Nas menulis:Jika diperhatikan betul2 sejak diperkenalkan petrol ron95 sejak itulah kereta2 yg kemalangan dan tiba2 terbakar kerap berlaku, tak semua masuk dlm berita tapi jika bekerja memandu dijalanraya dan ke banyak destinasi akan kelihatan kereta2 terbakar yg ditinggalkan ditepi jalan kebanyakkannya bukan sebab kemalangan dan ada kereta baru dan lama, sudah tentu kereta lama owner malas nak tarik sebab insurans 3rd party mana leh claim maka terbiar je tepi jalan.
Sesuatu perlu dilakukan dan siasatan perlu dijalankan kepada petrol ron95 baru ni, jika didapati tidak selamat mudah terbakar mana boleh dijual kepada pengguna.

sayapdewa menulis:memang sah RON95 punca dia…kalau tak percaya boleh baca detail pasal RON95…memang semua petrol mudah terbakar…tapi utk pengetahuan semua, RON95 ni berbeza sedikit, dia dikategori kan amat mudah terbakar apabila terkena panas (tu tak kena api) pon boleh terbakar…lagi pon pembakaran RON95 menghasilkan byk karbon yg boleh merosakkan gasket di injin. maka api akan mudah keluar dari enjin dan menyebabkan pembakaran di sekitar enjin…ramai org ckp lintar pintas, sedangkan kereta baru pon kena jugak ape crita??? mulai skarang jgn la guna RON95…dh byk terbukti..RON95 minyak yg murah sudah tentu kurang kualiti nya…BMW pon sarankan kereta dia pakai RON97 keatas..

Along menulis:RON 95 lebih banyak carbon? cuba saudara berikan bukti teknikal macam data-data untuk support hujah saudara?link internet pun jadilah. saranan setengah kereta guna RON 97 berikutan spesifikasi enjinnya. sebagai contoh enjin berkuasa tinggi dan jenis compression tinggi seperti Type R, Swift sport,Golf GTi dimana rata-rata guna compression ratio 10.0:1 dan ke atas memerlukan RON97 untuk elakkan pre ignition dan jika ini berlaku knocking (minyak terbakar pra matang sebelum spark plug menyala berikutan tekanan tinggi) boleh rosakkan enjin.tetapi sekarang tidak lagi kerana ada knock sensor dimana ianya akan me retardkan ignition untuk elakkan knocking, tetapi retard ini mengurangkan keupayaan enjin.

amzari menulis:Salam. pada pandangan saya, tidak perlulah kita bertelagah dalam hal ini, masing masing mempunyai pandangan masing -masing. Cuba kita lihat dari sudut positif….beberapa pembaca sekadar menyatakan persoalan…”Adakah RON 95 penyebab kebakaran”….yang mana objektif persoalan ini ditimbulkan, adalah agar kajian lanjutan dapat dilaksanakan oleh pihak berkaitan. Disamping itu dapat membuka minda pengguan dan memberi ruang agar lebih banyak persoalan\jawapan dikemukan oleh pebaca ondscene.

Pada saya tidak perlu mengeluarkan komen -komen yang ‘sarcastic’. Kadang kala soalan yang “dianggap kurang cerdik’ merupakan pencetus kepada idea/jalan penyelesaian.

p/s; 7.40 pagi semalam di federal highway Shah alam -Kuala Lumpur di depan cycle carriage sebuah kereta satria neo terbakar (tanpa melibatkan kemalangan)

aril menulis:memang laa petrol tu mudah terbakar encik2 sekali, maksud En Nas, sejal petrol 95 di perkenalkan, terjadi byk kes kenderaan terbakar sana sini. Memang ada kajian di jalankan.. Saya tak belajar kimia pon en pomen_gtr, tetapi kajian yg sampai ke pengetahuan saya ini mengatakan terdapat byk kandungan benzin di dalam RON 95 berbanding RON Ron yang lain dimana ia amat mudah mengeluarkan api sekiranya keadaan sekeliling terlalu panas. Enjin panaskan? itu yg terjadi …..wallahualam

Nas menulis:Salam, Come on la, sya tak lah sebenggong tu tak tahu petrol ni sifat kimianya mudah terbakar, sya bukan baru keluar perut ibu semalam. Jgn menilai seseorang tanpa mengenali siapa sebenarnya org tersebut. Maksud sya pun bukan target semata2 ron95, maksud sya semua jenis petrol baru yg dijual SEKARANG di sini perlu dikaji semula dari aspek keselamatan kepada pengguna, sya telah membuat kajian sendiri dgn cara mudah sahaja, curahkan petrol baru atas lantai simen dan boleh dilihat petrol baru mudah resap meruap cepat kering tanpa meninggalkan kesan minyak, berbeza petrol lama yg lambat resap meruap dan ada kesan minyak walaupun telah seharian. Petrol baru boleh dikatakan lebih bersifat liquid gas daripada minyak. Ujian kedua curahkan petrol baru pada lantai simen dan lalukan api diatasnya ia akan mudah menyambar api tersebut sebab ia bersifat mudah meruap bertukar kepada gas, berbeza dgn petrol lama jika dicurahkan di lantai simen api perlu disentuh pd minyak tersebut baru menyambar. Ujian lain, sya kerap kerja outstation dan parking kereta di tempat terbuka(berjemur), biasanya sya akan ingat dimana lever meter fuel gauge, bila pulang setelah 4 – 5 hari akan dapati lever meter tu akan turun dari takuk asal dan tiada kebocoran pd mana2 tempat dibahagian kereta sya, berbanding dgn petrol lama lever meter gauge tidak berubah tempat, rumusannya petrol baru juga lebih mudah meruap bila terdedah pada hawa haba/kepanasan sebab lebih bersifat gas sekaligus ia meninggikan risiko kebakaran sekalipun disebabkan oleh punca2 yg tidak sepatutnya boleh menyebabkan kebakaran pada petrol lama, sebagai contoh jika berlaku kebocoran kecil pd mana2 bahagian piping laluan petrol dan petrol meresap pada sistem ekzos terutama pada catalytic converter ataupun pada sistem pendawaian yg sedang panas petrol baru akan terbakar sebab bersifat gas berbanding petrol lama hanya akan berasap jika tersentuh benda yg amat panas dan tidak akan terbakar melainkan jika disentuh dgn api.
Ingin sya maklumkan kepada pembaca bahawa di Negara Thailand telah lama praktikkan penjualan petrol campuran 50% petrol tulen dan 50% alcohol dijual pada harga lebih murah dari petrol tulen 100% dan dinegara mereka penjualan tersebut lebih telus dgn memberikan beza warna pd pam dan ada papan kenyataan memberitau pembeli bahawa ini adalah petrol campuran, maka pembeli boleh memilih dan membuat keputusan samada mahu yg tulen atau campuran. Perlu juga difahamkan disini bahawa sifat petrol campuran alcohol juga bersifat mudah terbakar berbanding petrol tulen kerana alcohol itu sendiri sebenarnya adalah liquid gas dan mudah meruap dan hilang jika terdedah di tempat terbuka dan haba. Harap maklum. Maaf kpd tuan rumah atas penjelasan sya yg panjang lebar

Pak Kertopo menulis: Banyak orang salah faham pasal petrol RON 95 dan RON 97. Sebenarnya kedua-duanya mudah terbakar termasuklah minyak petrol lama – RON 92.
Yang membezakan semuanya itu ialah RON bermaksud pengkelasan bahanapi secara saintifik dimakmal – Research Octane Number.
Bermakna jika lebih tingga kadar octane bermakna lebih mudah terbakar secara perbandingan saja dengan kadar octane yang lebih rendah. Ujian ini bukannya dibuat di tempat terbuka, tetapi dimakmal dan didalam kebuk piston. Jika ujian dilakukan ditempat terbuka, keputusannya sudah tentu semuanya mudah terbakar….

KERETA TERBAKAR – WHY CAR BURNED?

Kenderaan Semakin Banyak Terbakar Kebelakangan Ini, Kenapa???

6 termasuk suami isteri rentung

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
[email protected]

Keadaan kereta Honda City yang terbakar dan mengakibatkan enam orang terbunuh di Jalan Ipoh-Kampar dekat Kuala Dipang semalam.

KAMPAR – Enam sahabat termasuk sepasang suami isteri maut apabila kereta Honda City yang dinaiki mereka merempuh dua batang pokok dan terbakar di Kilometer 30.1, Jalan Ipoh-Kampar dekat Kuala Dipang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki, Lim Kar Wai, 20, gagal dikawal sebelum ia terbabas masuk ke lorong bersebelahan dan melanggar pokok.

Semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Ipoh untuk bertemu kenalan mereka di bandar raya berkenaan.

“Mulanya kereta itu merempuh sebatang pokok sebelum mengenai sebatang lagi pokok kira-kira empat meter dari pokok pertama.

“Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki kesemua mangsa itu remuk sebelum terbakar,” kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Menurut beliau, Kar Wai dan empat penumpang lain iaitu Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18, Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18, mati rentung di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang yang juga isteri kepada Chee Keong, Foong Siew Ling, 20-an, meninggal dunia di Hospital Kampar pada pukul 4.50 pagi.

Dari Blog Singalatmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");