Perak Hari Ini

Bekas Ketua Cabang PKR buat laporan polis kes fitnah isteri

Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat laporan polis berhubung tindakan seorang ahli PKR memfitnah isterinya, Lailatul Amla Ahmad Tanjizi, 37, berzina dengan salah seorang ahli parti berkenaan.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Tambun, dekat sini, pada kira-kira jam 9.30 pagi, semalam.

Katanya, fitnah terhadap isterinya disebarkan melalui SMS pada 30 September lalu dan dikirim seorang ahli PKR kepada isterinya pada hari berkenaan.

“SMS itu mendakwa isteri saya ditangkap kerana melakukan zina dengan seorang ahli PKR.

“Ini fitnah, jadi saya membuat laporan ini semata-mata mahu mempertahankan maruah isteri saya,” katanya ditemui pemberita selepas membuat laporan semalam.

Fauzi berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit kerana dipercayai menyebarkan fitnah melalui SMS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");