Perak Hari Ini

Dr Mah cabar Ngeh berdebat secara terbuka

Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon mencabar pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham untuk berdebat secara terbuka mengenai polisi kerajaan negeri Barisan Nasional dan lain-lain isu semasa.

“Saya bukan nak ambil kesempatan terhadap krisis yang melanda DAP ketika ini dengan melontarkan cabaran ini tetapi tujuan saya adalah untuk menerangkan tentang apa yang telah kerajaan BN lakukan selama 18 bulan mentadbir negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA Perak berkata Ngeh yang juga bekas exco kanan semasa kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah merupakan orang yang paling tepat untuk menyahut cabaran beliau.

Beliau mendedahkan bahawa Ngeh adalah orang yang pertama memulakan langkah mencabar supaya satu debat terbuka diadakan selepas dua bulan kerajaan BN kembali mentadbir Perak pada Februari 2009.

“Ketika itu masih terlalu awal untuk kita debatkan isu yang mungkin dibangkitkan kerana kita baru mengambil alih pentadbiran.

“Sekarang saya cabar beliau untuk berdebat dan kita boleh debat setiap isu dan polisi yang dilaksanakan kerajaan BN dan Pakatan.

“Debat tidak harus dihadkan kepada satu atau dua jam kerana saya bersedia berdebat dengannya untuk satu atau dua hari,” kata beliau.

Dr Mah turut mendedahkan bahawa bekas exco dan ADUN Pantai Remis Ngar Kor Ming telah memberitahu portal berita online bahawa beliau menerima cabaran beliau.

“Saya tidak tahu kenapa Nga yang menerima cabaran saya dan bukan Ngeh.

“Bagaimanapun, saya diberitahu bahawa Nga mungkin cuba mengalihkan pandangan terhadap krisis yang kini melanda partinya.

“Mungkin ini sebabnya atau Nga tidak yakin dengan Ngeh selama ini dan dia juga adalah kepala bagi segalanya manakala Ngeh pula adalah boneka,” katanya.

Dua kumpulan dalam DAP yang diketuai Ngeh dan timbalannya M. Kulasegaran kini sudah tidak sehaluan lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyebabkan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menggugut untuk melepaskan jawatannya dalam parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");