Perak Hari Ini

Jangan hirau pergolakan pembangkang

BATU GAJAH – Ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dengan pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sehingga menjejaskan tanggungjawab membela nasib rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim berkata, ahli UMNO perlu terus memberikan sepenuh tumpuan pada tugas mereka untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing.

Menurutnya, apa yang penting semua ahli perlu terus berkhidmat kepada rakyat dan biarkan rakyat sendiri yang mengadili Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang boleh dipercayai.

“Kita tidak boleh menganggap parti kita akan menjadi lebih kuat secara automatik hanya kerana krisis yang melanda parti pembangkang,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin oleh Majlis Pembangunan Kebajikan Masyarakat (Mayang) Parlimen Batu Gajah.

Yussof berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini politik negara yang menyaksikan pergolakan dalaman PKR ketika pemilihan cabang PKR di beberapa kawasan termasuk Kapar, Klang dan Lembah Pantai, pada September lalu.

Yussof yang juga Pengerusi Mayang Parlimen Batu Gajah berkata, BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat.

“Yang penting ialah usahakan bersungguh-sungguh supaya apa yang dijanjikan termasuk reformasi parti demi memastikan BN akan terus menjadi penggerak kepada rakyat untuk menumpang teduh,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan itu, beliau menyatakan ia merupakan sumbangan daripada kerajaan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga miskin.

“Saya harapkan dengan bantu serba sedikit terbabit akan mampu mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan dan kerajaan pada hari ini amat prihatin malah menitikberatkan soal kebajikan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat berasa diri mereka terpinggir kerana tidak mampu memberikan faedah kepada masyarakat” katanya?.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");