Perak Hari Ini

Kajian UIAM: Populariti kerajaan Barisan Nasional meningkat

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada akhir-akhir ini semakin meningkat berbanding semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang lalu, demikian menurut kajian isu semasa terbaharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berdasarkan kajian tersebut, populariti BN meningkat empat peratus iaitu 55 peratus berbanding 51 peratus semasa PRU 2008, manakala hanya 37 peratus rakyat Malaysia sanggup mengundi pakatan pembangkang, penurunan sebanyak 12 peratus daripada 49 peratus dalam tempoh yang sama.

Lapan peratus daripada sejumlah 1,367 responden dalam kajian itu menyatakan mereka tidak pasti memilih parti mana sekiranya pilihan raya umum diadakan esok.

Kajian yang sama juga dilakukan pada Ogos 2009 dengan jumlah responden seramai 1,458 orang.

Menurut kajian, sokongan orang Melayu terhadap BN meningkat tiga peratus iaitu daripada 58 peratus pada Ogos 2009 kepada 61 peratus pada Ogos 2010.

Sokongan kaum Cina terhadap BN masih rendah tetapi menunjukkan peningkatan dua peratus daripada 40 peratus kepada 42 peratus dalam tempoh yang sama.

Bagaimanapun, sokongan kaum India menurun daripada 63 peratus kepada 59 peratus. Ini kerana 14 peratus kaum India memilih untuk tidak memilih mana-mana parti.

Kajian ini dilakukan dari 1 hingga 18 Ogos 2010 di seluruh negara untuk mengetahui pandangan responden berumur 21 tahun ke atas mengenai isu semasa. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");