Perak Hari Ini

Kunjungan Zambry bawa harapan baru pada keluarga Hor Yee

Pelajar Tahun Enam, Moo Hor Yee yang mengharungi hidup melarat bersama ibunya selama lebih setahun selepas kematian bapa bakal berakhir setelah mereka menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri.

Hasil kunjungan itu, masa depan Hor Yee akan berubah buat selama-lamanya kerana pelajar berusia 12 tahun kini secara rasmi menjadi anak angkat Zambry.

“Saya mahu jadikan Hor Yee sebagai anak angkat supaya masa depannya terjamin. Keluarga ini adalah antara kes-kes miskin bandar yang perlu diberi perhatian,” katanya ketika berkunjung ke rumah mereka di rumah pangsa Waller Court di Ipoh.

Pelajar SJK (C) Ave Maria itu dan ibunya, San Foot Yun, 57, hidup dalam keadaan melarat setelah kematian bapanya lebih setahun lalu.

Foot Yun yang bekerja sebagai pelayan di kedai makan berkata pendapatannya yang tidak menentu menyebabkan beliau tidak mampu untuk menyewa rumah.

Kedua-dua mereka tinggal di rumah pangsa tersebut atas belas kasihan orang ramai.

Hasil kunjungan itu juga Zambry telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh untuk membenarkan Hor Yee dan ibunya tinggal di rumah pangsa itu tanpa membayar sewa dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan bantuan sewajarnya.

Semasa lawatan itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri prihatin dengan keadaan usang rumah pangsa Waller Court yang berusia lebih 50 tahun itu.

Katanya perancangan sedang dibuat bagi membangunkan semula rumah pangsa tersebut.

“Rancangan kita adalah untuk merobohkan bangunan sedia ada dan bina rumah pangsa baru yang dapat beri keselesaan kepada penghuni di sini,” katanya.

Sumber Barisan Nasional Perak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");