Berita Hari Ini

Najib hormati keputusan Samy Vellu untuk berundur

PUTRAJAYA 1 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Datuk Seri S. Samy Vellu untuk meletak jawatan sebagai Presiden MIC pada Januari tahun depan.

Samy Vellu, 74, adalah pemimpin paling lama memegang jawatan itu apabila menerajui parti itu selama 31 tahun.

“Saya hormati keputusan Datuk Seri Samy kerana saya berpendapat setiap orang sedar sebagai ahli politik akan tiba masanya apabila kita perlu meninggalkan pentas itu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan Samy Vellu.

“Tapi adalah penting apabila kita meninggalkan pentas itu, pertama-tama kita tinggalkan, satu legasi, dan keduanya kita tinggalkan sebuah parti yang kuat dan ia perlu menjadi semangat bagi setiap orang.

“Ia bukan sahaja terpakai kepada Datuk Seri Samy tapi terpakai kepada kita semua bahawa pada satu hari nanti kita juga perlu meninggalkan pentas itu, tapi kita perlu keluar secara terhormat,” kata Najib di sini hari ini.

“Dan pada masa yang sama apa yang paling penting adalah bagi kita meninggalkan rekod perkhidmatan yang baik dan sudah pasti ada seseorang atau pengganti kita yang mampu meneruskan misi atau perjuangan itu.” – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");