Berita Hari Ini

Laporan Rasid Ke Bukit Aman

Laporan polis yang dibuat oleh Mohd. Rasid Mohd. Rosdi, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, laporan yang dibuat Mohd. Rasid, 31, telah diserahkan kepada pegawai penyiasat di Bukit Aman, semalam.

Beliau difahamkan, laporan tersebut disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan sama seperti siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman, 26.

“Polis telah menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman semalam. Sebarang perkembangan sila rujuk kepada pihak Bukit Aman,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Nor Azam berkata demikian ketika ditanya perkembangan laporan polis yang dibuat Mohd. Rasid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini semalam.

Dalam laporannya, Mohd. Rasid mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008 yang dipercayai ada kaitan dengan kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dia turut membuat akuan bersumpah untuk menarik balik akuan terdahulu yang menceritakan hubungannya dengan Anwar dan bagaimana ia disediakan oleh peguam Anwar.

Sementara itu, jurucakap Pusat Media Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ketika dihubungi memaklumkan, belum ada sebarang kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Mohd. Rasid itu akan dikeluarkan setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");