Perak Hari Ini

LPKP perlu kaji semula pemberian lesen

Seramai 90 ahli Pesatuan Tuan-Punya dan Pemandu Kereta Sewa Hilir Perak (PTPPKS) dan Pesatuan Pemandu Kereta Sewa Teluk Intan meminta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengkaji semula pemberian lesen kepada beberapa pengusaha bas yang beroperasi di sekitar daerah itu tanpa mengambil kira nasib ahli pesatuan itu.

Demonstrasi  aman yang diadakan di hadapan pondok perhentian kereta sewa di Jalan Selat, berhadapan menara condong itu bagi membantah pemberiaan lesen itu tetapi ia hanya berlangsung selama beberapa minit sebelum disuraikan pihak polis kerana tidak mendapat permit polis.

Pengerusi PTPPKS, S. Manokaran, 58, berkata demonstrasi ini terpaksa diadakan apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak LPKP di atas beberapa aduan oleh pihaknya sejak beberapa bulan lalu berhubung perkara itu.

Katanya, semua ahli pesatuan kini dalam dilema memikirkan nasib malang masing-masing yang di ibaratkan sebagai telur di hujung tanduk kerana bimbang periuk nasi mereka akan tergugat akibat tindakan LPKP  ini.

“Kami membantah pihak LPKP mengurniakan permit kepada beberapa pengusaha bas yang sudah mula beroperasi di bandar ini.

“Penambahan beberapa syarikat bas yang mengambil dan membawa penumpang ke beberapa lokasi di sekitar daerah ini dan juga ke beberapa destinasi lain di luar daerah mengakibatkan ahli pesatuan kini berputih mata hampir setiap hari.

“Dulu jika pendapatan kami dalam lingkungan RM30 hingga RM50 setiap hari tetapi  pendapatan kami terus menjunam ke tahap kritikal iaitu dalam lingkungan RM10 hingga RM20 sahaja setiap hari. Bayangkan betapa peritnya kehidupan kami sebagai pemandu teksi,” kata Manokaran.

Menurutnya, beberapa ahli pesatuannya kini bimbang pendapatan yang tidak menentu akibat daripada tindakan LPKP ini telah menyebabkan mereka menanggung hutang yang sudah mula tertunggak seperti bayaran ansuran rumah dan lain-lain.

Ahli pesatuan Yusof Abd Manaf, 42 , berkata beliau amat kecewa diatas pihak LPKP yang langsung tidak membuat sebarang kajian ataupun perancangan sebelum meluluskan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak.

“Mereka (LPKP) harus turun padang dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan samaada untuk meluluskan ataupun tidak sebarang permohonan. Teluk Intan bukanlah bandaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Baru, George Town ataupun Shah Alam.

“Teluk Intan hanya bandar kecil dan penduduknya pun tidak lah padat dan sekiranya banyak lesen atau permit di luluskan ahkirnya pangangkutan yang banyak tetapi penumpangnya tiada,” kata Yusuf yang juga bekas pengerusi pesatuan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");