Perak Hari Ini

Persidangan Agung UMNO: Wakil Perak mahu kerajaan gubal dasar baru

Pendidikan teknik dan vokasional perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah seawal tingkatan satu bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif demi mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Wakil Perak, Datuk Khamsiyah Yeop ketika membahaskan usul ucapan dasar Ketua Wanita UMNO berkata, sehubungan itu kerajaan perlu menggubal satu dasar baru bagi membolehkan pendidikan teknik dan vokasional sedia ada diperkemaskan serta diperluaskan ke semua peringkat.

“Ini membolehkan pelajar yang lemah dalam akademik menjadi modal insan berguna dengan kemahiran yang mereka ada kerana tidak semua mempunyai kecekapan sama dalam bidang akademik.

“Bukan semua anak kita boleh menguasai ilmu akademik yang memerlukan kecekapan otak dan potensi serta bakat yang berbeza, ada yang lemah dalam akademik tetapi berkebolehan dalam kemahiran tertentu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Lenggong berucap semasa Persidangan Perwakilan Wanita UMNO sempena Mesyuarat Agung UMNO ke 61 yang sedang berjalan di Kuala Lumpur.

Menurut Khamsiyah, pelaksanaan pendidikan teknik dan vokasional itu akan membantu sektor industri, perladangan, ternakan dan perlombongan yang kebanyakan sumber tenaga kerjanya adalah dari luar.

Tambahnya, pembangunan modal insan perlu dilakukan dengan cekap oleh kerajaan agar generasi muda akan datang dapat memberikan khidmat kepada negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");