Perak Hari Ini

Perak sudah tunai janji bantu keluarga mangsa

Kerajaan tiada kena-mengena dengan pungutan derma kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang

IPOH: Kerajaan Perak sudah menunaikan semua janjinya untuk membantu keluarga mangsa kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, Gopeng, Oktober lalu, termasuk dalam bentuk bantuan kewangan.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri tiada kena-mengena dengan kutipan derma untuk membantu keluarga berkenaan yang dilakukan oleh sekolah di Perak dan seluruh negara.

Namun, katanya, ibu bapa mangsa kejadian itu boleh bertemunya pada bila-bila masa, jika mereka mempunyai isu untuk dikemukakan.

“Saya tak tahu apa berlaku hingga mereka mengeluarkan kenyataan akhbar. Sekiranya mereka ingin berjumpa saya, pejabat saya sentiasa terbuka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, kelmarin.

Beliau mengulas rungutan ibu bapa yang meminta Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siasatan kejadian berkenaan dan mengumumkan jumlah kutipan derma yang dilakukan di sekolah seluruh negara.

Kelmarin, bapa dua daripada tiga bapa mangsa, T Nathan, 46 dan K Mageswaran, 47, membuat kenyataan akhbar bahawa ada tanggapan di kalangan masyarakat bahawa mereka cuba mencari kekayaan menerusi tragedi yang menimpa anak masing-masing.

Dalam kejadian Oktober lalu, N Devatharshini dan M Dinadevi, kedua-duanya berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan dan murid Sekolah Kebangsaan Gopeng, V Divyashree, 12, maut setelah jatuh ke dalam sungai selepas jambatan berkenaan runtuh ketika perkhemahan 1Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");