Perak Hari Ini

Perak Tubuh Jawatankuasa Semua Daerah Tangani Wabak Denggi

IPOH, 12 Okt (Bernama) — Kerajaan negeri Perak membentuk jawatankuasa bertindak di peringkat daerah bagi meningkatkan usaha memerangi wabak demam denggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata melalui jawatankuasa itu, tindakan serta merta dapat dilaksanakan di peringkat daerah dalam menjalankan program-program menangani gejala perebakan wabak berkenaan khususnya pembasmian kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

“Kawasan yang sering menjadi tempat pembiakan dan mempunyai potensi tinggi wabak denggi merebak adalah di tapak-tapak pembinaan, rumah terbiar dan sekolah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari Selasa.

Menurutnya jumlah kematian akibat demam denggi di Perak meningkat kepada lima kes kematian bagi tempoh Januari hingga Oktober berbanding tiga kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau juga berkata tiga daerah iaitu Batang Padang, Hulu Perak dan Hilir Perak mencatatkan peningkatan kes, dan sehubungan itu tindakan bersepadu membabitkan pelbagai agensi digerakkan bagi mengatasi gejala itu, termasuk kempen penerangan kepada orang ramai supaya menjaga kebersihan sekitar.

Dr Mah berkata tindakan tegas kompaun maksimum RM500 sudah dikenakan terhadap beberapa pemilik premis perniagaan yang melakukan kesalahan tidak mengikut garis panduan kebersihan yang ditetapkan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");