Perak Hari Ini

Pusat Pemeriksaan Asap Kenderaan Akan Dibina Seluruh Negara

IPOH, 7 Okt (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) bercadang membina Pusat Pengujian Asap Kenderaan (PPAK) di seluruh negara bagi menyediakan kemudahan bersepadu pemeriksaan asap kenderaan diesel dan petrol serta pemeriksaan bunyi bising motosikal.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata penyediaan pusat berkenaan akan memudahkan pemilik kenderaan yang disyaratkan melakukan ujian semula pelepasan asap dan gas dari kenderaan masing-masing secara berkala.

“Pada masa kini proses ini dilaksanakan di lokasi-lokasi yang tidak tetap seperti di kawasan-kawasan tanah lapang, tapak letak kereta awam dan sebagainya.

“Oleh itu, di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 JAS bercadang meneruskan projek ini di setiap negeri di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian PPAK JAS negeri Perak di sini.

Beliau berkata pusat itu perlu bagi memastikan jumlah hari dengan kualiti udara yang sihat dalam setahun yang ditetapkan sebagai satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan tersebut.

Uggah berkata sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 164,886 kenderaan bermotor telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 2,382 kenderaan telah dikenakan kompaun.

Pembinaan PPAK JAS Perak yang merupakan pusat pertama yang dibina di negara ini membabitkan kos sebanyak RM7.3 juta dan pusat kedua dijangka siap tahun ini di Mukim Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");