Isu Panas

RAIS TAK BOLEH JADI PM ATAU MB

dakan YB Dato Seri Utama Rais Yatim PhD [68 tahun] menekan dua blogger tersohor adalah satu tindakan yang kurang betul. Big Dog dan Rocky Bru terpaksa mengadap  SKMM dan minggu hadapan mereka terpaksa mengadap SKMM sekali lagi.

Rais nampaknya telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri yang menjaga multimedia telah menggunakan kesempadan yang ada untuk menekan dua blogger berkenaan.

Rais cepat melatah macam dulu-dulu sewaktu dalam Semangat 46. Dahulu beliau pernah mengisytiharkan telah membakar jambatan sewaktu berkempen menentang Umno. Bagaimanapun sewaktu mengeram [1987- 1999 ] bersama S46 beliau berjaya mendapat PhD. [tahniah]

Beliau akhirnya kembali kepada Umno apabila S46 dibubarkan dan bintangnya cerah apabila menang dalam pilihanraya dan dilantik semula menjadi menteri penuh iaitu Menteri Luar.

TM nyatakan bahawa beliau tidak boleh menjadi PM atau MB kerana beliau tidak cool seperti Dato’ Seri Najib. Kena hentak sikit dah nak melatah. Cukup lah tu , Rais dah puas melatah, belajar jadi seorang yang tenang apabila dikritik atau ditegur.

TM yakin Rais sebagai anak jati Negeri Sembilan amat kaya dengan adat-adat tradisi Melayu dan tergolong dalam kumpulan orang yang bijak pandai bergelar PhD.

Moralnya ialah bermaaf-maafan lah dibulan haji ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");