Perak Hari Ini

Seladang guna sentuhan Norizan musim depan

PERAK akan menggunakan sentuhan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar bagi mencanang persiapan jitu pasukan Liga Super bagi musim 2011.

Pengumuman mengenai pelantikan jurulatih berasal dari Perlis itu bagi menggantikan pengendali sedia ada, Raja Azlan Shah Raja Soib dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di Ipoh, semalam.

“Jawatankuasa eksekutif yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pasukan Liga Super sebulat suara memutuskan mengambil khidmat Norizan untuk musim akan datang.

“Dia (Norizan) sudah menyatakan persetujuan untuk berkhidmat kepada Perak,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PAFA, semalam.

Norizan, mengemudi Perlis pada musim 2003-2004 dan kemudian Pulau Pinang 2005 sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan untuk musim 2005-2006. Tugasan terakhirnya dalam kancah Liga-M ialah bersama Kelantan pada 2007.

Norizan yang lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Jan’ dikalangan pencinta bola sepak akan dibantu oleh jurulatih skuad Piala Presiden Perak, Chong Yee Fatt.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");