Perak Hari Ini

SPRM Perak tutup enam kertas siasatan projek

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup enam kertas penyiasatan awal (KPA) yang dibuka di Perak berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2009, selepas siasatan mendapati tiada unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dalam projek pembangunan dilaksanakan.

Pengarah SPRM Perak, Noraziah Abdul Manaf, berkata enam KPA itu membabitkan projek pembangunan hospital di negeri terbabit.

“Hasil siasatan, kita dapati tiada kes rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam enam projek pembangunan hospital berkenaan.

“Kita sudah maklumkan kepada Ibu Pejabat SPRM mengenainya dan pihak ibu pejabat bersetuju KPA itu ditutup,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan membuka 13 kertas siasatan membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Selain kertas siasatan, SPRM juga membuka 14 KPA, termasuk enam di Perak serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan (KPP) selepas menyemak dengan terperinci laporan itu.

Noraziah berkata, KPA dibuka bertujuan mengesahkan sama ada berlaku atau tidak salah guna kuasa, penyelewengan atau rasuah berdasarkan maklumat dan laporan diterima atau risikan dibuat SPRM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");