Berita Hari Ini

UEM tidak menyedari sebarang usaha ambil alih MMC

KUALA LUMPUR 1 Okt. – UEM Group Bhd. tidak menyedari terdapat cakap-cakap mengenai usaha mengambil alih kumpulan itu oleh MMC Corporation Bhd, kata Pengarah Urusan UEM, Datuk Izzaddin Idris, hari ini.

Berdasarkan laporan spekulasi media, MMC telah membuat tawaran untuk membeli UEM Group bagi sejumlah RM15.6 bilion.

“Sebarang cadangan untuk membeli UEM perlu melalui pemegang saham. Bagi kami, kumpulan ini baru sahaja mewujudkan nilai, meneruskan perniagaan, dan saya tidak mengetahui sebarang cadangan daripada MMC,” katanya kepada pemberita ketika ditemui jamuan Hari Raya kumpulan itu hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang mengawal UEM Group, belum memberi sebarang isyarat mengenai cadangan itu kepada kumpulan berkenaan, katanya.

Entiti UEM Group yang disenaraikan termasuk PLUS Expressways Bhd., Faber Group Bhd., UEM Land Holdings Bhd. dan Time Engineering Bhd.

“Tanggungjawab saya adalah untuk menyelaraskan perniagaan yang kami miliki dan aktiviti semakin meningkat dalam kumpulan,” kata Izzaddin. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");