Berita Hari Ini

UMNO Kedah bantah tindakan SADA naikkan tarif air

ALOR SETAR 1 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Kedah membantah keras tindakan Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) menaikkan tarif air dan menyifatkan tindakan itu hanya memberi tekanan ekonomi kepada penduduk serta sektor perniagaan di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, kenaikan itu amat dikesalkan dan disifatkan sebagai ”berita buruk” kepada seluruh rakyat negeri Kedah.

“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri mengkaji semula kenaikan itu kerana kenaikan itu sangat tinggi sedangkan kualiti perkhidmatan air di Kedah tidak mencapai tahap yang memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, sejak mula UMNO telah menyuarakan kepada kerajaan negeri supaya tidak menaikkan tarif air kerana ia akan meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Rabu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din mengumumkan tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Oktober bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Katanya, tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuat kuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");