Perak Hari Ini

Penduduk tak wajar bayar

IPOH – Penduduk di Rungkup, Bagan Datoh gusar dan mendakwa masih membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan kawasan penanaman kelapa yang dihasilkan sebelum ini sudah ditenggelami air laut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa supaya Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Hilir Perak menyediakan laporan segera berhubung dakwaan penduduk terbabit.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, adalah tidak wajar sama sekali untuk mereka terus membayar cukai kerana tanah tersebut dianggap sudah hilang dan dengan sendirinya kembali kepada Kerajaan Persekutuan secara automatik.

Katanya, perkara itu sudah pun diajukan kepada PTD Hilir Perak dan meminta supaya maklumkannya dengan kadar segera kenapa masalah itu masih berlarutan sejak sekian lama.

“Kenapa mereka perlu membayar cukai tanah lagi sedangkan tanah sudah tidak ada dan bukan lagi menjadi milik mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Rayuan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di sini, semalam.

Zambry berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di Bagan Datoh tetapi beberapa tempat lain di negeri ini.

“Sebelum ini, ada tanah tetapi disebabkan banjir, air pasang atau kawasan berdekatan ditenggelami air seperti di tepi sungai dan laut, tanah tersebut tenggelam.

“Keadaan sama juga berlaku terhadap tanah-tanah di tebing sungai yang runtuh, maka tanah itu hilang dan dengan sendiri menjadi hak milik Kerajaan Negeri kembali,” katanya.

Mengulas sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan tanah ganti kepada penduduk terbabit di kawasan itu beliau berkata, Kerajaan Negeri hanya akan bertindak selepas laporan diterima daripada PTD Hilir Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");