Perak Hari Ini

Zambry: Tindakan Nik Aziz pertikai Ku Li bukti PAS takut

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempersoal motif sebenar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertikai perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah pilihanraya kecil DUN Galas.

Katanya tindakan Nik Aziz mempertikai perlantikan Ahli Parlimen Gua Musang itu jelas membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan takut dengan Barisan Nasional dan UMNO.

“Sejak bila mereka pandai hormati Ku Li? Saya percaya PAS sangat bimbang dengan kehadiran Ku Li yang mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu mempengaruhi pengundi,” katanya.

Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri berkata beliau yakin pengundi akan menyokong BN kerana rekod buruk kerajaan Pakatan pembangkang di Kelantan.

Katanya PAS dan pakatan pembangkang perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menegur kepimpinan UMNO dan BN kerana dalam banyak isu pembangkang lebih retorik semata-mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");