Perak Hari Ini

IPK Perak Wujud Pusat Media

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menubuhkan Pusat Media bagi memberi kemudahan kepada wakil media dalam menyampaikan maklumat mengenai Polis Diraja Malaysia dengan tepat dan bermaklumat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail berkata IPK Perak merupakan kontinjen kedua selepas Bukit Aman menubukan pusat media dan berharap IPK di negeri lain dapat mencontohinya.

Dengan adanya pusat media ini, kerjasama erat antara media, masyarakat dan polis akan membentuk satu sinergi dalam memastikan negara ini dalam keadaan yang aman damai dan sejahtera, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Media IPK Perak dan majlis menandatangani memorandum persefahaman PDRM Perak dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim pada hari Khamis.

Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah dan Naib Canselor UPSI Datuk Dr Aminah Ayob.

UPSI dan PDRM kontinjen Perak berhasrat mewujudkan kerjasama bagi membanteras jenayah dalam kalangan remaja.

Hasil kajian yang dijalankan boleh digunakan dalam menangani perlakuan jenayah yang melibatkan remaja.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");