Perak Hari Ini

Jangan anggap tabika Kemas sebagai pendidikan kelas kedua

Masyarakat digesa supaya tidak menganggap tabika Kemas sebagai pendidikan kelas kedua memandangkan ia berperanan penting dalam membantu rakyat luar bandar membuat persediaan awal pendidikan anak.

Kelas pra-sekolah ini penting bagi memudahkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal sebelum memulakan alam persekolahan yang sebenar, kata Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas peringkat Zon Ijok di Kampung Masjid, dekat Ijok pagi ini.

Turut hadir Pegawai Kemas Daerah Larut Matang dan Selama, Faridah Sailan, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan ketua-ketua kampung.

Katanya, Kemas diharap akan menjadi teraju utama dalam membantu, membimbing dan membangunkan rakyat di kawasan luar bandar.

“Agensi ini juga menjadi mata dan telinga kerajaan selain terus memainkan peranannya dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan demi kebaikan rakyat.

“Ketua kampung harus bekerjasama dengan Kemas bagi menjalankan program meningkatkan kesedaran rakyat terhadap usaha dan hasrat kerajaan membangunkan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");