Perak Hari Ini

MB cabar Pemuda Pas

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semalam, mencabar Dewan Pemuda Pas negeri menghantar memorandum yang sama berkaitan tindakan pemimpin mereka menghadiri upacara memperingati kematian bukan Islam.

Beliau berkata, tindakan Pemuda Pas menghantar memorandum kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria adalah perbuatan melampau dan keterlaluan.

Katanya, perkara itu jelas dilakukan untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu yang semakin berkurangan kepada mereka.

“Sejak bila Dewan Pemuda Pas menjadi sensitif dengan isu agama dan umat Islam, sedangkan perkara yang mereka lakukan ini adalah strategi mereka untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu dan Islam yang semakin berkurangan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Semalam, Harrusani mengeluarkan kenyataan beliau akan meneliti memorandum Pemuda Pas yang menggesanya menyiasat dakwaan wujud unsur khurafat ketika Zambry melakukan meletak ancak di tiang seri rumah pada program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong 17 Oktober lalu.

Zambry berkata, tindakan dilakukan parti itu adalah keji dan kejam kerana memperalatkan agama demi kepentingan sendiri.

Katanya, sesuatu perkara yang ditegur oleh mufti seharusnya diterima sebaiknya kerana beliau adalah seorang yang bijak agama.

“Lain pula yang berlaku kerana mereka ini marah dengan teguran yang diberikan oleh mufti. Orang Melayu dah meluat dengan permainan mereka dan usaha yang dilakukan jelas mahu menanam kebencian kepada saya, namun saya percaya orang Melayu dan Islam sudah menyedari mengenainya,” katanya.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");