Perak Hari Ini

Kulasegaran tolak jawatan naib pengerusi

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang tewas pada pemilihan Jawatankuasa DAP Perak minggu lalu, semalam membuat keputusan untuk menolak jawatan naib pengerusi parti yang ditawarkan kepadanya dalam kepemimpinan baru peringkat negeri.

Kulasegaran yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, berkata beliau ditawarkan jawatan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Isnin lalu.

“SMS itu berbunyi, ‘Saudara Kulasegaran ingin dimaklumkan bahawa kepemimpinan jawatankuasa DAP Perak yang baru sebulat suara bersetuju memilih anda untuk jawatan naib pengerusi… kita berharap untuk bekerjasama dengan anda’. “Seperti saya katakan, saya perlu mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kepemimpinan parti dan akar umbi termasuk penyokong saya sama ada perlu menerima tawaran itu.

“Antara faktor perlu dinilai ialah sejauh mana saya boleh secara berterusan memainkan peranan yang efektif dalam kepemimpinan politik negeri.. selepas menilai kesemua pandangan dan mempertimbangkan perkembangan politik DAP Perak, saya membuat keputusan menolak tawaran sebagai ahli jawatankuasa DAP Perak dan juga naib pengerusi,” kata Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP kebangsaan, dalam kenyataan di sini, semalam.

Minggu lalu, beliau dan beberapa pemimpin dalam kumpulannya tewas pada pemilihan Jawatankuasa DAP negeri itu dengan menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai yang juga penyandang Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan dan ADUN Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong, tewas dalam perebutan 15 jawatan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru

!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");