Perak Hari Ini

Lanjut persidangan jika tak kecoh

Tempoh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan 30 November ini akan dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa, demikian kata Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memang berhasrat memanjangkan tempoh sidang DUN tiga atau empat hari tetapi ia bergantung kepada perjalanan sidang pada hari berkenaan sama ada berlangsung secara aman atau sebaliknya.

“Sebelum ini, kita sudah merancang untuk bersidang lebih lama tetapi disebabkan angkara pihak pembangkang, tempoh bersidang terpaksa disingkatkan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Tambahan lagi, sidang 30 November ini melibatkan pembentangan bajet, sudah tentunya tempoh persidangan perlu dipanjangkan untuk memberi peluang kepada semua ADUN membahaskan usul pada hari berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selagi ADUN Pakatan Rakyat (PR) tidak memulakan kekecohan, sidang dewan akan berlangsung dengan baik.

“Justeru, saya nasihatkan ADUN PR supaya menghormati dewan mulia bukannya melakukan aksi-aksi tidak mencerminkan sebagai pemimpin,” katanya.

Hamidah berkata demikian mengulas saranan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit, Kapten (B) Usaili Alias yang menggesa supaya sidang DUN 30 November dipanjangkan tempohnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");