Berita Hari Ini

Mahathir cadangkan ATM guna paramotor dalam operasi

LANGKAWI 27 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka.

Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat.

“Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah di sini hari ini.

Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di Selatan Thai yang mengambil masa sejam melibatkan perjalanan sejauh 58km.

Dr Mahathir berkata, pada masa ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");