Perak Hari Ini

Masjid India Ipoh agih 600 bungkus daging korban

Masyarakat India Muslim di sekitar bandaraya Ipoh turut tidak ketinggalan menunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang diraikan umat Islam hari ini.

Bertempat di Masjid India, berhampiran Padang Ipoh, sebanyak 110 ekor kambing disembelih bagi tujuan itu dan sekitar 600 bungkusan daging dapat diagih-agihkan kepada umat Islam.

Pengerusi masjid, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, berkata, acara tahunan sejak lebih 80 tahun lalu terus mendapat sambutan di luar jangkaan.

Jawatankuasa masjid, katanya terpaksa menolak permohonan umat Islam untuk menunaikan ibadah korban di situ dan meminta mereka berbuat demikian di sebuah masjid India Muslim lain yang terletak di Pusing.

“Sebanyak 600 bungkusan daging dijangka dapat diagihkan kepada umat Islam di sekitar Ipoh dan tahun ini, kita membeli 110 ekor kambing dari Bidor bagi menjayakan ibadah korban.

“Harga seekor kambing ini sekitar RM500 dan kita menggunakan lebih 40 petugas untuk kerja menyembelih dan melapah daging sebelum ia diagihkan kepada orang ramai,” katanya kepada Peraknews.com hari ini.

Katanya, kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging akan diselesaikan sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");