Isu Panas

Mengapa Tukar Tiup Buat Hal Di Penang….

Pada 21 November 2010 di Komtar Walk Pulau Pinang kumpulan pengkhianat negara atau lebih senang disebut komunis dan talibarutnya telah menganjurkan satu perhimpunan dan forum Anti ISA.  Bagaimanapun  perhimpunan  tersebut telah diserang oleh kumpulan Ghani yang mewakili Umno Pro ISA.  Dalam kekalutan tersebut kumpulan Anti ISA telah menjadi kucar-kacir dan ramai yang bacul dari Cina Komunis telah angkat kaki kerana tidak patriotik  untuk menyelamat leher mereka. Panel yang hadir ialah Tukar Tiub atau anama sebenarnya ialah Hishamudin Rais, Mat Sabu dan YB  Ng Wei AIk (Dap).

Apakah motif sebenar perhimpunan tersebut?

Kami  mendapat tahu  bahawa perhimpunan tersebut telah dirancang secara tergesa-gesa oleh Anwar Ibrahim sebagai alternatif untuk mencuri perhatian umum kepada kepincangan pemilihan pucuk pimpinan PKR sekarang.  Hishamudin Rais adalah ahli PKR dan sepatutnya menumpukan kepada apa yang berlaku  di Tropicana.  Penentang-penentang ketidakadilan proses pemilihan PKR telah menyababkan  terjadinya protes dan demonstrasi besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana.

Mat Sabu dan Hishamuddin telah mendapat satu grant yang besar daripada Anwar untuk mengalih pandangan umum  daripada isu pemilihan kepada satu isu lain.  Apa isu lagi yang ingin dibawakan oleh dua individu ini yang sudah ketandusan idea. Talian hayat mereka hanya satu, iaitu Pulau Pinang dan isu yang boleh dimainkan ialah ISA.  Itulah satu-satunya negeri yang boleh diharapkan dan selamat bagi mereka untuk membuat program.  Di Pulau Pinang tiada siapa yang berani menghalangnya.  Jika Perak kekal dibawah Pakatan sudah tentu Ipoh akan menjadi lokasi mereka.

Mat Sabu dan Tukar Tiup ini sama kes dengan penulis jutawan Pas iaitu Sayuti Omar yang juga hidup dengan makan upah. Falsafah mereka amat mudah, siapa bayar,  kita angkat mereka melambung,  esok pula jika ada tawaran lain untuk menjatuhkan orang yang dilambung semalam, mereka juga sanggup melakukannya. Biar rakyat huru hara, biar negara porak peranda, biar ekonomi merudum asalkan poket mereka sentiasa berisi. Ini lah muka sebenar pengkhianat negara dan bangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");