Isu Panas

PRU 13 dan Rombakan Kabinet Satu Khabar Angin : PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan Kabinet dan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.

“Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai laporan tersebut yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.

Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber menyebut bahawa rombakan kabinet adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaannya supaya ia lebih inklusif dan terbuka kepada semua rakyat, Najib berkata, itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya.”

“Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain,” kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Sumber : Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");