Berita Hari Ini

Najib keluar hospital hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

“Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa,” kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan pada hari Ahad.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau.-7/11/2010

Najib bersemangat tinggi, semakin beransur sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

“Beliau kini mengikuti diet biasa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

“Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh,” katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut. – 6/11/2010


Najib dalam keadaan baik, kata Liow

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan lanjut ulser dan gastritis ringan di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Penyakit yang dihadapi Perdana Menteri mungkin berpunca daripada penyakit cacar yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di HKL Jumaat.

“Saya tidak tahu sehingga bila beliau akan ditahan di wad memandangkan penyakit cacar mengambil masa yang agak lama untuk sembuh iaitu sehingga tujuh atau lapan hari,” tambahnya.

Bernama melaporkan beliau meluangkan masa kira-kira 50 minit di wad Perdana Menteri, yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum beredar pada 11.45 pagi bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dan Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Dr Mohd Ismail dalam kenyataannya lewat Khamis malam, menyatakan bahawa ujian endoskopi dilakukan ke atas Najib menunjukkan ada tanda-tanda ulser dan gastritis ringan.-5/11/2010

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");