Perak Hari Ini

Negeri, Kerajaan Nadi Pertumbuhan

Pada 12 November 2010. Y.B. Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman b. Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, telah menghadiri LAB KRA ke 3, iaitu “Negeri dan Kerajaan Nadi Pertumbuhan” bagi penyampaian yang efisien di Swiss Garden Golf Resort di Damai Laut, Lumut. LAB ini adalah untuk membentuk program-program memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan sistem kerajaan kepada kumpulan sasaran seperti rakyat, pelabur, peniaga dan lain-lain yang terlibat didalam urusniaga kerajaan secara tidak langsung dan langsung.

Tujuan Lab ini diadakan adalah untuk menyediakan kawasan/tempat berkumpul untuk mengenalpasti serta mencari penyelesaian bersesuaian kepada masalah-masalah semasa secara intensif dalam waktu yang singkat melalui penglibatan aktif berkumpulan dan memutuskan KPI untuk mencapai bidang keberhasilan utama (KRA). KRA 3 Negeri dan Kerajaan Nadi Pertumbuhan ini juga diadakan adalah untuk membantu Kerajaan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang merangsang pertumbuhan disokong oleh sistem penyampaian yang efisien dan memenuhi jangkaan semua pihak berkepentingan dan untuk membentuk program-program untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan sistem kerajaan kepada kumpulan sasaran seperti rakyat, pelabur, peniaga dan lain-lain yang terlibat didalam urusniaga kerajaan secara tidak langsung dan langsung.

Diantara agensi-agensi kerajaan yang terlibat didalam proses Lab ini adalah Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, KPerak, Lembaga Air, Biro Pengaduan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Setiausaha Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam, FMM, Lembaga Air Perak, PKNPk, Telekom Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");