Isu Panas

PAS itu khawarij kerana menentang pemerintah Islam..

Perangai puak Khawarij ialah sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim serta menyeleweng daripada hukum Islam dan juga keadilan Islam.

Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.

Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Galas dan juga Batu Sapi. Pas langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.

Kerap kali juga Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon Pas kalah.

Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.

Persamaan Pas dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas.

Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang Pas menyertai BN.

Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan.

Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang Pas.

Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan Pas yang cakap tak serupa bikin.

Tak salahlah jika dikatakan bahawa Pas itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!

Sumber: MyKMU

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");