Perak Hari Ini

Pemuda Pas Perak senarai 10 calon hadapi PRU ke-13

Dewan Pemuda Pas Perak akan menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 calon muda untuk dipertimbangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, langkah mengemukakan senarai calon tersebut bertujuan untuk memperkenalkan mereka lebih awal kepada para pengundi di kerusi-kerusi bakal ditandingi.

“Usaha menyenarai pendek nama-nama calon sedang dilakukan dalam suasana pembubaran di peringkat nasional mahupun negeri Perak.

“Jika diberikan kepercayaan oleh Pas Perak, Dewan Pemuda Pas negeri akan menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 nama calon muda bagi menghadapi PRU ke-13 nanti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyenaraian nama-nama tersebut bagaimanapun bergantung kepada penyertaan calon Pas Perak di dalam PRU ke-13 yang mana jumlah kerusi akan diputuskan oleh pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurut Salman, kesediaan pihaknya mengemukakan senarai calon itu juga untuk membuktikan bahawa Pas Perak tidak ketandusan para pemimpin muda.

“Harapan meletakkan calon muda ini adalah aspirasi anak muda yang mahukan tenaga muda sebagai ‘Yang Berhormat’ kerana mereka ini boleh mempercepatkan masalah rakyat diatasi.

“Dewan Pemuda Pas Perak cukup yakin akan keupayaan semua calon muda yang akan diketengahkan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");