Perak Hari Ini

PKR terhadap Anwar semakin berkurangan

Ketaksuban penyokong terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin luntur kerana beliau sendiri tidak menghormati prinsip demokrasi dan membiarkan penipuan berleluasa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti baru-baru ini.

Bekas pemangku Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Faizal Effendi Hasim, berkata parti itu juga semakin lari dari prinsip perjuangan sebenar dan tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar parti kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden membuktikan ketaksuban penyokong terhadap Anwar kian luntur.

“Hari ini, ketaksuban penyokong terhadap Anwar semakin berkurangan bahkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa terdapat 400,000 ahli PKR adalah satu omong kosong sahaja.

“Kita dapat lihat dalam pemilihan baru-baru ini, hanya 20,000 ahli yang keluar mengundi dan itulah angka sebenar ahli PKR,” katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Faizal Effendi, berkata angka 400,000 ahli yang dinyatakan itu adalah statistik pada 1999 tetapi jumlahnya semakin berkurangan kerana ramai yang sudah keluar parti.

Ditanya samada adakah selepas ini lebih ramai ahli PKR akan keluar parti, beliau berkata, lebih ramai ahli PKR di Perak akan keluar parti kerana mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan Anwar.

“Setakat ini, empat ketua pemuda bahagian PKR negeri sudah keluar parti dan kini proses sama turut berlaku di peringkat cabang.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan membawa lebih ramai pemuda PKR Perak untuk menyertai Umno yang memahami dasar perjuangan golongan muda.

“Untuk ahli dari kaum India dan Cina pula, kita akan mengalakkan mereka menyertai parti komponen BN lain.

“Dijangka seramai 400 pemuda PKR akan keluar parti dan menyertai Umno dan PPP dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");